Nenas Batu
Nenas batu ni tidak sama seperti nenas yang ada kat market atau yang kita tanam kat belakang rumah tu. Lainnya, nenas batu ini kebiasaannya bersaiz
kecil dan mempunyai tangkai yang panjang. Nenas batu ini asalnya dari Mesir,
tetapi jangan terkejut sebab ianya ada ditanam di Malaysia.
Nenas batu ni mempunyai banyak
khasiat dan merupakan antara buah yang terbaik di
dunia. Nenas batu mengandungi khasiatnya tersendiri.
Bagi ibu bersalin, nenas batu sangat berkesan mengembalikan tenaga dalam badan dan menghangatkan
semula romantika bersama suami tercinta. Selain itu, nenas batu juga dikatakan
boleh melawaskan kencing serta mengawal hormon dalam badan wanita yang bakal
mengalami putus haid atau menopause.
Antara khasiat Nenas Batu ni...
1. Dapat mengecutkan rahim selepas
bersalin. Tak payah dah nak telan maajun yg besaq gedabok tu..
2.Bagi ibu yang baru bersalin ambil
seminggu sekali sahaja untuk tujuan mengecutkan rahim.
3.Di dalamnya terkandung berbagai khasiat untuk
wanita.
4.Boleh di jadikan ubat untuk menjarangkan anak
- minum selama tempoh yang hendak dijarakkan
5. Melawaskan kencing serta mengelakkan sakit
batu karang dan buah pinggang
6. Membantu melancarkan pembuangan angin
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause
8. Bagi yang mengalami strok. minum dan sapu
ditempat yang di serang strok.InsyaAllah dengan Izin Allah
9. Mampu mengubati penyakit buasir (berfungsi untuk mengecutkan buasir)
10. Merendahkan paras kolestrol dalam
darah
11. Membuang toksin dalam badan
12. Melancarkan perjalanan darah
13. Mencantikkan bentuk badan
14. Menegangkan kulit
15. Awet muda juga na.. Kekal dara gitu..
Cara pengambilannya pula..
1. Basuh dan cuci sehingga bersih
2. Rebus hingga mendidih atau Rendam dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan sehingga buah itu
tenggelam
4. Nenas batu yang sudah di rendam jangan di
buang, jemur hingga kering untuk 1-2 hari di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan
rendam lagi
5. Buah ini bila di rendam, kelopaknya akan
tertutup rapat. Ia kembang kembali bila di jemur hari. Jika kelopaknya tidak boleh
kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh di buang.
6. Nenas batu ini boleh di gunakan sehingga
setahun dan lebih ( bergantung pada kekerapan penggunaan)
7. Adalah lebih baik minum pada sebelah malam
sebelum tidur kerana waktu malam lebih sejuk berbanding siang.
8. Wanita mengandung DILARANG minum sama
sekali
9. Segelas
kecil adalah memadai untuk sehari ( 1 kali sehari)
10. Airnya
boleh bertahan selama 3 hari
** buah ni agak panas.. digalakkan untuk meminum air masak / air putih 1-2 liter sehari sepanjang tempoh pengambilan untuk mengelakkan panas badan dan demam..**
No comments:
Post a Comment