Tuesday, February 17, 2015

Khasiat Buah Manjakani

Khasiat Buah Manjakani



Manjakani



Dikenali sebagai tumbuhan yang bermanfaat untuk  kesihatan dan kesuburan bahagian intim wanita. Ia biasanya digunakan untuk mengatasi keputihan ataupun untuk merapatkan/memulihkan kembali bahgaian intim wanita terutamanya selepas bersalin.
Buah Majnakani banyak mempunyai banyak khaisat yang terkandung antaranya tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat.


 Antara kelebihan yang terdapat didalam buah manjakani


  •  Awet Muda 
Seperti semua kita tahu Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan. Sapa yang nak kekal awet muda tu jom kita amalkan pengambilan buah manjakani ni..

  •  Pencegahan Kencing Manis 
Asid galik boleh mencegah penyakit kencing manis dan lelah.

  •  Mencegah barah payudara dan rahim  
Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah payudara dan barah rahim.

  •  Mencegah bau yang tidak diingini 
Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
Ia boleh juga digunakan untuk merawat luka samada luka biasa atau pembedahan perut selepas bersalin. Caranya, cuma sapu serbuk manjakani (serbuk yang dicampurkan dengan sedikit air)di tempat terbabit dan biarkan ia mengering. Selepas itu, dicuci perlahan-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga luka tersebut sembuh.

  •  Merawat otot-otot faraj 
Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan kembali otot-otot di dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi rapat dan ketat semula.Macam kembali dara gitu.. hihi..  
Biji majakani dimasukan ke dalam nasi yang sedang dimasak. Apabila nasi telah betul-betul masak keluarkan buah tersebut, kupaskan kulitnya yang telah lembut dan boleh dimakan bersama nasik (rasa buah agak pahit dan kelat). Amalkan selama tiga hari berturut-turut. Insyaallah  akan merasakan perubahan yg ketara dalam hubungan suami isteri.
                                             
  •   Mengawal lendir dan lelehan faraj 
Astringen juga mampu mengawal/menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.


  •   Menegangkan dan mencantikkan kulit 

Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat. Sapukan  serbuk manjakani pada muka (asah buah manjakani pada belakang lesung batu) yang di campurkan dengan air.. Biar sehingga kering kemudian bilas dengan air.. 

Banyak lagi kegunaan dan kelebihan buah manjakani ni.. Tuan/Puan boleh la rujuk dgn encik google kita.. hihi


Beberapa kaedah cara penggunaan buah manjakani..

SAPU / MASKER / LULUR
Asah manjakani ni belakang pasu / lesung batu campur air sikit.. lepas tu sapu dekat tempat yang diingini spt muka, bahagian intim atau tempat jahitan. Biarkan hingga kering dan bilas..
Untuk kegunaan dimuka bolehla diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu jika kulit muka tidak mempunyai masalah jerawat yang teruk.. selamat beramal.. 

CARA MAKAN
Rebus buah manjakani dan buang kulit.. lepas tu ambik isi dia & digentel2 dengan nasi & telan.. atau boleh ditanak sekali bersama nasi sehingga nasi masak.. kemudian kupas kulit dan potong kecil2 utk dimakan bersama nasi..

UNTUK DIJADIKAN AIR BASUHAN
Rebus manjakani kemudian biarkan sehingga suam.. guna air rebusan tu untuk mencuci bahagian intim anda.. elok dilakukan secara harian untuk menyihatkan dan mencantikkan bahagian intim kita.. 

MINUMAN 
Rebus 1-2 biji buah manjakani hingga mendidih.. biar suam n minum.. yang tak tahan pahit dan kelat tu boleh la kurangkan kuantiti buah manjakani ni..
Ibu mengandung dilarang minum ye.. 



...SeLaMaT MeNcUbA...


No comments:

Post a Comment