Monday, April 4, 2016

Daun Pecah Beling/Kaca

Pecah Beling


Pecah Beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 – 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Ia mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser,kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

Hasil Penemuan :-
Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). 
Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin CB1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. 
Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. 
Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).
Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). 
Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolonkanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. 
Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko mengidap kanser. 
Cara Pengambilan 
1- Di giling lumat dan disapukan pada bahagian badan / kulit yg gatal
2- Selain dari sakit kulit perlu di rebus dahulu daun pecah beling dan diminum airnya
*Banyakkan meminum air putih/masak*
Saya juga menjual Daun Pecah Beling ni jika tuan/puan berminat untuk mencuba khasiatnya.

Monday, March 21, 2016

Betik

Image result for daun betikImage result for daun betik     

Daun Betik

Khasiat Buah Betik Dan Pucuk Daun Betik

Buah tropika yang sangat popular selain buah nenas adalah buah betik. Isi buah betik yang lembut berwarna oren jingga ini sangat manis dan sedap dinikmati di dalam cuaca negara yang panas seperti di negara-negara Asia. Betik bukan sahaja sedap dimakan mentah, tapi juga divariasikan dalam resepi-resepi seperti kerabu, ulam-ulaman, kuih muih, bubur dan jus. 

Jangan tak tahu, buah betik ni banyak khasiat tau. Bukan buah betik je bagus, pucuk daun betik tu pun ada khasiatnya.

VITAMIN C
Buah betik yang sudah masak kaya dengan vitamin C. Dengan pengambilan yang kerap, betik bukan sahaja dapat melancarkan proses penghadaman namun dalam masa yang sama juga mampu mengelakkan masalah sembelit, merawat buasir dan banyak lagi.

PARAS KOLESTROL
Kajian yang dijalankan oleh Fakulti Sains Kesihatan UPM mengatakan, buah betik boleh menurunkan paras kolestrol sebanyak 19.2% jika diambil secara rutin dalam tempoh empat minggu.

TANDA PENUAAN
Asid alfa hidroksil membantu melarutkan sel-sel kulit mati untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan serta garis-garis halus di wajah. Manakala vitamin C dan E mampu meremajakan kulit anda dan seterusnya kelihatan lebih muda.

CEGAH KANSER
Kajian menunjukkan betik memiliki sifat memerangi kanser. Ia mengandungi sebatian anti kanser carotenoids yang turut dikenali sebagai beta carotene, lycopene dan cryptoxanthin. Pengambilan betik secara berterusan dapat membantu melindungi seseorang dari terkena penyakit kanser payudara.

MENCERAHKAN WAJAH
Betik juga mengandungi ciri-ciri pemutihan semulajadi. Kerana itu, banyak produk kosmetik yang berada di pasaran mempunyai kandungan ekstrak buah betik. Manfaat di dalam buah betik bukan sahaja sangat menakjubkan untuk kulit wajah, tapi juga selamat dan semulajadi.

RISIKO PENYAKIT
Betik merupakan buah yang kaya dengan nutrien antioksida seperti flavonoid, vitamin B, mineral, kalium, magnesium, asid Pantothenic dan banyak lagi yang mana ia sangat diperlukan oleh tubuh manusia bagi mengurangkan risiko apa-apa jenis penyakit.

Pucuk Daun Betik Penyembuh Penyakit
Pucuk betik/bunga betik dibahagikan kepada tiga jenis iaitu pucuk jantan, pucuk betina dan pucuk hermafrodit. Kebiasaanya, pucuk betik jantan dijadikan ulam kerana pucuk betik jantan amat jarang atau tidak langsung boleh mengeluarkan buah. Pucuk betik jantan secara lumrahnya bertangkai panjang.

Gambar dari : Sutera Kasih


DARAH TINGGI
Pucuk jantan betik ini memang pahit, namun jika dicelur dengan air panas dan dimakan bersama sambal belacan misalnya, rasanya sangat sedap dan berkhasiat. Pucuk betik ini mampu mengawal dan mengurangkan penyakit darah tinggi.

DEMAM DENGGI
Sangat terkenal sebagai alternatif untuk menyembuhkan demam denggi. Jus daun betik berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggi atau malaria dapat diganti segera.

AGEN PELAWAS
Kaum India sangat menyukai pucuk daun betik ini kerana ia dipercayai dapat membantu masalah penghadaman dan pelawasan tubuh secara semulajadi dan selamat.

MENJARAKKAN ANAK
Pucuk betik juga digunakan secara tradisional oleh orang-orang lama sebagai kaedah perancang keluarga. Jika pucuk betik dimakan mengikut kaedah dan jadual yang betul, ia dapat membantu ibu-ibu menjarakkan anak dan seterusnya merancang kehamilan dengan cara semulajadi tanpa ubat-ubatan.






Sumber  :  Majalah Harmoni Oktober 2015
dan www.khasiatherba.com





Daun Kaduk

Daun Kaduk

Berasal dari Malaysia, Borneo, dan Indonesia, Daun Kaduk ialah herba yang tumbuh pada tempat redup di antara pokok-pokok ranum.

Daun kaduk mengeluarkan sedikit aroma herba apabila dikoyak atau digosok antara tapak tangan. 
Rasanya berlada, sedikit pahit, dan menaikkan rasa pelbagai jenis makanan seperti udang kering, telur, ikan, dan daging.

Ia digunakan sebagai ulam dengan sayuran lain, dimakan bersama pencicah seperti sambal, cencalok, atau budu. Ia adalah bahan kepada resepi nasi ulam, pucuk tempoyak, perut ikan, beberapa jenis laksa, dan otak-otak Pulau Pinang. Daun kaduk sangat sesuai dengan sup cerah – cuma masukkan beberapa keping daun ke dalam sup ayam atau sup tulang, dah taburkan sedikit lada hitam apabila dihidang.
Daun kaduk ialah sumber yang baik untuk aktioksidan semulajadi kerana kaya dengan vitamin dan mineral.

Khasiat dari Daun Kaduk mampu untuk merawat :-
- sembelit

- sakit gigi

- demam malaria

- lemah dan sakit dalam tulang

Cara-cara untuk merawatnya:

1. Ambil sebatang pokok kaduk termasuklah bahagian akarnya.

2. Bersihkan keseluruhan pokok kaduk tadi.

3. Rebus  sehingga mendidih.

4. Bila dah mendidih, biarkan air rebusan tadi hingga suam.

5. Dan minumlah perlahan-lahan.

Selain daripada penyakit yang disebut di atas, daun kaduk juga boleh digunakan untuk merawat masalah cacing dalam perutbatuk dan panau . Cuma cara kegunaanya berbeza sedikit. 


~ Cacing Dalam Perut

1. Ambil beberapa helai daun kaduk dan ramas hingga hancur.

3. Campurkan kesemua daun kaduk yang telah diramas dengan sebaldi air.

4. Siramkan air tersebut ke seluruh badan anda. 


~ Batuk


1. Kisar daun kaduk hingga halus dengan mencampurkan sedikit air.

2. Sapukan pada bahagian leher.


~ Panau

1. Tumbuk daun kaduk sampai lumat.

2. Dan sapu pada kawasan kulit/tubuh yang mengalami panau.


Selamat Mencuba






Khasiat Belalai Gajah

Daun Belalai Gajah


DAUN BELALAI GAJAH ATAU SABAH SNAKE GRASS 

Telah lama dikenali dangan kandunagn antioksidan YANG TINGGI UNTUK MEmbantu merawat SEL-SEL KANSER DAN MENGEKALKAN SEL-SEL SIHAT DALAM TUBUH MANUSIA.


Khasiat daun ini mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti:-

~kanser
~buah pinggang
~radang prostat
~kolesterol
~tekanan darah tinggi
~asid urik tinggi
~diabetes
~mengurangkan risiko salur darah tersumbat 
~membuang toksin dalam badan 
~mengurangkan keletihan

Testimoni para pengamal  jus daun belalai gajah 

1- Pesakit mengidap Uterus Cancer 
Ketumbuhan sebesar 6cm dan harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.4cm. Doktor memaklumkan tidak perlu lagi di bedah dan menyarankan untuk terus meminum jus tersebut dan ketumbuhan akan hilang.

2- Pesakit Lang Cancer tahap 3 
Telah membuat chemotherapy sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut ketumbuhan semakin mengecil ..

Cara2 kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut stage/tahap penyakit kanser :

·         Stage 1 : 30 daun setiap hari
·         Stage 2 : 50 daun setiap hari
·         Stage 3 : 100 daun setiap hari
·         Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari 

*Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut

Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass

·         masukkan setengah/satu cawan air ke dalam mesin pengisar
·         tambah setengah biji/1/4 jus lemon
·         masukkan daun belalai gajah yang sudah dibersihkan.
·         tambah sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji 
·         blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana      khasiatnya akan hilang
·         jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
·         Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi 

Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah berpantang dengan makanan2 ini seperti :-

~ gula atau makanan yang ada gula 
~ madu 
~ ikan kembung
~ 7 angled fish
~ ray fish
~ daging ayam
~ daging itik
~ keladi
~ beras pulut
~ butter atau planta 
~ durian 
~ minuman sarang burung 
~ ginseng atau mana2 herba2 lain

Cuba berpantang sementara bagi mendapatkan/melihat hasil keberkesanan dari pengambilan jus daun belalai gajah.

Saya ambil dilink ini -http://kongsibersamanora.

Wednesday, February 18, 2015

Garam dan kegunaannya


Image result for garam

Image result for garam


Tahukah anda , bahawa amalan nabi dan orang tua-tua zaman dahulu meletakkan secubit garam pada lidah sebelum dan selepas makan sebenarnya mengandungi pelbagai rahsia kesihatan di samping mendapat ganjaran pahala kerana mengikuti amalan nabi s.a.w ? Namun demikian janganlah tersilap dalam memilih garam yang sesuai untuk tujuan tersebut. Mengikut kajian yang dijalankan oleh para pakar sains pemakanan, garam gurun 
 ( garam asli ) yang dijadikan amalan oleh nabi tidaklah sama kandungannya berbanding dengan garam yang kita gunakan seharian untuk tujuan memasak.


Image result for garam
Garam Biasa

Garam biasa mempunyai kandungan sodium yang tinggi dan campuran asid dan kotoran lain boleh memudaratkan kepada penggunanya apatah lagi kepada mereka yang telah berpenyakit. 

Image result for garam gurun
Garam Gurun

Garam gurun sebenarnya mengandungi potassium, magnesium dan lisina yang tinggi manakala kandungan sodiumnya yang rendah. Perbezaan ini boleh di uji dengan mendedahkan garam biasa dan garam gurun kepada udara. Garam gurun akan bertukar menjadi cecair dalam masa kira-kira 12 jam manakala garam biasa terus tiada perubahan daripada bentuk asal.

Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida.

Garam mempunyai banyak fungsi dan kegunaan dalam kehidupan seharian. Garam bukan saja sebagai penambah perisa makanan tetapi banyak kegunaan garam dalam kehidupan seharian yang kita ketahui atau belum ketahui. Walaupun garam digunakan dalam jumlah yang sikit tapi memberi kesan yang amat banyak. Contoh hanya secebis garam akan menambah perisa kepada makanan, bgitu juga kesan kepada benda lain walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat. Hadis Nabi Muhammad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan atau makanan manusia. Makanan yang paling ringkas seprti ubi rebus atau jagung rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa atau selera.


Kegunaan garam Dalam Rumah :

1. Tabur garam di atas rak untuk menghalau semut ( lebih selamat dari menggunakan semburan pembunuh serangga ).Garam juga ditabur disekeliling rumah sebelum membina rumah baru untuk mencegah semut 2. Gunakan garam untuk membersihkan teko kopi yang warnanya pudar.

3. Masalah pankek, wafel melekat dalam acuan/pemanggang? Gosok sedikit pada pemanggang dan ianya dapat dikeluarkan dengan mudah.

4. Campuran garam, cuka dan tepung, hasilnya anda mendapat pembersih untuk pewter, Loyang dan tembaga.

5. Campuran garam dan jus lemon, pembersih untuk kekunci piano anda.

6. Isi lubang paku atau sebarang kecacatan pada dinding, dengan tampalan yang dihasilkan dari campuran garam, kanji dan air untuk melembab.

7. Semasa musim sejuk, anda masih dapat mengeringkan pakaian anda diluar. Rendam pakaian anda di dalam air garam untuk mengelakkan pakaian anda membeku di luar.

8. Air garam juga boleh digunakan untuk mengelakkan perabut anyaman dari menjadi kuning.

9. Kaca yang pudar dan berkabus dapat dibersihkan dengan penggunaan campuran garam dan cuka.


Kegunaan Di Luar Rumah :

1. Semburan garam diantara bata dan blok di ruang berturap luar rumah akan membunuh rumpai. 

2. Garam dapat digunakan untuk membersihkan tumpahan minyak di garaj. 
 Tabur garam atas tumpahan dan biarkan 15 minit. Ia akan memudahkan kerja-kerja membersih.


Kegunaan Untuk Tujuan Perubatan atau Kesihatan :


1. Kumur garam bercampur air suam untuk melegakan sakit tekak.

2. Garam dicampur dengan baking soda memutihkan gigi, menanggalkan plak dan menjadikan gusi sihat. 3. Nafas lebih segar dengan penggunaan campuran garam dan baking soda sebagai cecair pembersih mulut. 4. Kaki yang gatal dapat dilegakan dengan rendaman air garam panas.

5. Sekiranya anda letih, rendam selama sekurang-kurangnya 10 minit dalam tab mandi yang mengandungi air panas yang dicampur dengan garam.

6. Garam adalah baik untuk pengelupasan. Selepas mandi, urut garam kering ke atas kulit yang basah. Garam membantu pengaliran dan menanggalkan sel kulit yang mati dan menggalakkan penumbuhan sel kulit baru.


Kegunaan Untuk Mengekalkan kesegaran makanan :


1. Buah-buahan dan sayuran seperti epal, pir dan kentang akan kekal warnanya sekiranya dimasukkan ke dalam air garam sejuk selepas dipotong.

2. Salad akan tahan rangup sekiranya dibubuh garam sebelum dihidang.

3. Balut keju di dalam kain yang dibasah dengan air garam sebelum dimasuk ke peti ais untuk mengelakkan kulapuk.

4. Campurkan secubit garam ke dalam susu untuk mengekalkan kesegarannya.


Fungsi garam untuk tanaman atau pertanian :

1. Garam di gunakan sebagai penganti baja untuk menyuburkan tanaman, menjauhi dari serangga dan sebagai pertahanan pokok terhadap penyakit.



..Garam dalam dunia Kecantikkan..

Garam kebiasannya digunakan untuk memasak tetapi tahukah anda garam juga sangat berguna dalam dunia kecantikan? Ibarat mendapatkan rawatan di spa, semuanya boleh dilakukan dirumah sahaja.


Image result for garam mandian

Garam mandi bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan tubuh secara keseluruhan. Garam mandian umunya mengandungi 10 kali lebih konsentrasi mineral dibandingkan dengan garam biasa. Berendam dalam garam boleh membantu tubuh memperbaharui kandungan mineral dalam tubuh, menjaga metabolisme sel kulit, dan membuat anda terasa relaks.

Antaranya

Kaki 
Rendam kaki dalam air suam yang dicampur dengan garam selama 15 minit , seelokkan gunakan garam bukit. Kemudian gunakan kayu skrab untuk skrab kulit mati pada kaki. Merendam kaki didalam air garam mampu menghindari kaki dari dijangkiti bakteria. Setelah kaki kering sapukan lotion untuk kelembapan kulit..

Gigi
 Sesekali sesekala, gosok gigi menggunakan campuran garam dan serbuk penaik serta air. Garam akan bertindak sebagai penyah-bakteria manalakala serbuk penaik mampu menghilangkan kotoran pada gigi dan gigi akan jadi putih.

Mata lesu
Larutkan ¼ sudu teh garam dengan ½ liter air hangat lalu basahkan bahagian mata dengan larutan air garam tadi. Anda juga boleh merawat mata yang lesu dengan helaian kapas yang telah dibasahkan dengan larutan air garam. Letakkan kapas basah tersebut di bahagian mata dan biarkan untuk beberapa minit hingga kering.

Pembersih wajah
Campurkan 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh minyak zaitun dalam mangkuk kecil. Gunakan campuran tadi sebagai pembersih wajah. Selain mudah, ia turut berkesan menanggalkan kotoran dan solekan tebal. Campuran garam dan minyak zaitun ini bertindak seperti scrub dan kemudian dicuci sehingga bersih.

 Menyingkir kulit kering
Rendam kaki dalam air hangat yang telah dicampurkan bersama garam/garam bukit. Urut kaki dengan berus halus atau batu apung untuk menanggalkan sel kulit mati dan kulit kering. Biarkan kaki direndam selama 10 minit dan bilas dengan air. Keringkan ia sebelum menggunakan losen bagi memelihara kelembapan kulit.

Rawata kulit berminyak
Bagi merawat kulit wajah berminyak, isi botol penyembur bersaiz kecil dengan air hangat yang ditambahkan bersama satu sudu teh garam. Semburkan ia pada wajah dan keringkan.




Tuesday, February 17, 2015

Rahsia Habbatus Sauda

APAKAH HABBATUS SAUDA ??

Habbatus Sauda' ataupun nama saintifiknya Nigella Sativa,  sejenis tumbuhan rerumput kecil yang berbunga secara tahunan. Ia bukanlah satu tumbuhan yang besar yang memerlukan penjagaan yang extensive.  Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika Utara terutama Mesir, di selatan Eropah, di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India. Bagi iklim yang sesuai, ia sangat senang di tanam di laman rumah atau di tepi-tepi jalan..
Salah satu daripada keistimewaan Habbatus Sauda adalah ia tumbuh di kawasan tanah yang kering dan kontang. Ianya memerlukan air yang sedikit sahaja untuk tumbuh. Namun, dari tanah yang kering inilah Allah SWT menumbuhkan Raja Segala Herba ini yang sangat besar khasiatnya kepada manusia. Ia tumbuh baik di tanah yang berpasir atau sederhana kerasnya dan mesti terdedah kepada matahari sepanjang masa.
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habbatus sauda ini ialah satu supplement atau ubat yang membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya dapat membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .


Image result for habbatus sauda

Image result for habbatus sauda



Khasiat Habbatus Sauda 

Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk “Rahsia Perubatan Habbatus Sauda’” yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout. 
2. Asma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis). 
3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema. 
4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah. 
5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic). 
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi hempedu. 
7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu. 
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut. 
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit. 
10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”,  yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects). 
11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya. 
12. Cirit-Birit Disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi. 
13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.





6 Makanan Sunnah Nabi Muhammad (SAW) serta Kelebihannya

Image result for makanan sunnah

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak pernah kami tuntunkan, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim)
Dari hadits di atas dapat diambil kesimpulan bahawa salah satu keutamaan terbesar dalam Ittiba’us Sunnah (mengikuti Sunnah Rasulullah SAW) adalah diterimanya sesuatu amalan.




Berikut antara 6 jenis makanan kegemaran Rasullulah SAW. 
Setiap makanan ni ada khasiatnya yang tersendiri. 


BARLI
 
Bijirin yang dikenali umum sebagai “barli” sebenarnya merujuk kepada satu tanaman lain yang panggil “air mata Nabi Ayub” dalam bahasa Inggeris (Job’s Tears, coix lacryma-jobi). Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama “barli” atau “barli mutiara Cina”. 
Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

  • Air Barli dibuat sebagai penyejuk badan baik untuk orang demam.Rasullullah pernah memberi minuman/sup barli kepada orang yang demam untuk menyejukkan badannya.
  • Khasiat utama ialah untuk menjaga dan membersihkan buah pinggang terutamanya melancarkan proses pencernaan dan pembersihan darah.
  • Melawaskan kencing
  • Mencegah dan merawat penyakit batu karang.
  • Memekatkan air mani.(Khas untuk yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat) In Sha Allah.


KURMA
Image result for kurma
Kurma  merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Antara khasiatnya :

1. Dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. 
2. Mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” “Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.
6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
8.  Dikatakan berfungsi menambah tenaga seksual atau batin. 
9. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.
10.Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”


Dengan sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian kerana banyak khasiat yang kita peroleh hanya dengan memakan kurma..
Jom cepat kita ramai-ramai pi beli kurma kat Meera Sahib..

BUAH TIN
Image result for buah tin
Sabda Nabi Muhammad SAW: Sekiranya aku katakan, Sesungguhnya buah yang turun dari Syurga maka aku katakan, inilah buahnya (Tiin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya. (Hadis Riwayat Abu Darba;Suyuti).
Khasiat dan Manfaat Buah Tin :

1. Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah tin membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan Jantung koroner.

2. Kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan( Obesiti). 

3. Makan buah tin/ ara sebagai rutin harian dapat membantu mengurangi risiko kanser payudara.

4. Kandungan Coumarin pada buah tin , juga dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.
 Tryptophan, dalam buah tin menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.

5. Mengurangkan kelelahan , meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.

6. Membantu  mengurangi kolesterol darah.

7. Bila diterapkan pada kulit, tin/ ara dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti abses dan bisul.

8. Kerana kadar air yang tinggi, tumbuk buah tin bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.

9. Kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.

 10. Kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen, Jamur dan Virus dalam tubuh manusia.


 Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:

1.Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
2.Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
3.Memecahkan batu karang di dalam badan.
4.Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
5.Rawatan buasir.
6.Meredakan sakit kulit seperti ruam, jerawat dll
7.Rawatan penyakit GOUT



ANGGUR
Image result for anggur


28) وَعِنَبًا وَقَضْبًا( and grapes and grasses)-surah 'abasa 28

        Anggur merupakan satu daripada buah yang mempunyai keajaiban rasa dan khasiat. selain daripada warnanya yang memukau setiap yang melihat,ia juga mempunyai rasa yang amat sedap. buah ini turut menjadi amalan Rasulullah kerana khasiatnya yang amat tinggi membantu menyihatkan tubuh badan.

KHASIAT MEMAKAN BUAH ANGGUR SEGAR
  • Mempunyai vitamin A,B,C,E dan K dan antoiksidan yang tinggi
  • Dapat menghilangkan bau mulut yang berbau
  • Mencairkan lendir dan kahak
  • Menghilangkan rasa lenguh dan letih
  • Menghilangkan perasaan marah/moody
  • Boleh menguningkan warna kulit
  • Menguatkan emosi (perasaan)
  • Mengubati penyakit batuk2
  • Menghilangkan rasa pedih atau sakit pada buah pinggang dan pundi kencing
  • Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya mudah hadam
  • Menguatkan hati dan jantung (memang terbukti)

BIJI ANGGUR juga  mempunyai khasiat yang sangat baik. untuk menjadikan Kulit  lebih cantik kerana kandungan vitamin E yang terdapat pada biji anggur.. Jadi lepas ni jangan buang biji anggur tu na.. kunyah sampai hancur dan telan sekali kesemuanya.. Baru la cantik kulit tu.. 


MADU
Image result for MADU

Madu adalah salah satu penawar yang tertua di dunia. Ia mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat untuk manusia. Tidak dinafikan madu sa­ngat baik untuk sistem badan kita.


Kebaikan madu dari sudut perubatan Islam

Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68) 
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan me­nyembuhkannya daripada 77 penyakit. 

“Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu. 

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”. 


Terdapat satu kisah Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki meminum madu untuk mengubati sakit perutnya. 

Lelaki itu hanya me­ngambil dalam dos yang sama sebanyak beberapa kali. Ini menyebabkan sakitnya tidak pulih kerana dos madu yang diambil tidak mampu untuk membuang kotoran sepenuhnya di dalam perut. 

Selepas lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu sakitnya belum pulih, Rasulullah SAW sangat faham dos yang diambil lelaki itu tidak mencukupi. 

Nabi menekankan bahawa lelaki itu perlu terus menambah dos madu sehingga mencapai dos sesuai untuk merawat penyakit. 

Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya...



BUAH DELIMA

Image result for buah delima


Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga.

Antara khasiat buah delima ialah Melindungi jantung, Menurunkan kadar kolesterol, Mencegah dan mengubati kanser, mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer dan mencantikan kulit. 

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, ” Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. Buah Delima dapat membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.